Fakta 2:- Pokok Argan(Argania Spinosa) adalah salah satu daripada beberapa spesies pokok yang masih hidup dari Era Pra Sejarah (hampir 65 juta tahun yang lalu) dan hanya boleh dijumpai di Selatan Barat Maghribi. Pokok liar ini tumbuh dari 7 hingga 10 meter tinggi dan dianggap satu keajaiban Maghribi kerana ciri-ciri yang luar biasa. Ia tidak takut dengan kemarau dan mampu menahan suhu yang tinggi sehingga 50oC. Satu pokok Argan boleh hidup dari 150 hingga 200 tahun dan jika ia mati, ia boleh kekal aktif dan kemudian boleh hidup kembali dalam masa 7 tahun. Oleh kerana sistem akar yang kukuh, pokok Argan amat berkesan dalam mencegah hakisan, sekaligus mengekalkan kesuburan tanah dan menghadkan pergerakan pasir di kawasan padang pasir.
Fakta 3:- Minyak Argan diekstrak dari buah Argan melalui proses Tekanan Sejuk dan dianggap “emas cecair” yang mempunyai seribu khasiat faedah kesihatan. Dari segi sejarah, Phoenicia telah terlibat dalam perdagangan Minyak Argan Maghribi. Pokok Argan pertama kali disebut dalam surat dan dokumen perdagangan antarabangsa yang ditulis oleh seorang doktor terkenal Mesir, Ali Ibn Radouane pada abad ke-11. Ini merupakan zaman ketika perdagangan produk perubatan sudah merebak ke seluruh dunia. Doktor Ali Ibn Radouane menyebut mengenai rawatan telinga dan perut dengan Minyak Argan, yang telah dibawa ke Mesir dari Maghribi, negara di Afrika Utara. Maghribi terletak diantara Pergunungan Atlas dengan Laut Mediterranean.
Fakta 4:- Pada abad ke-18, semasa pemerintahan Sultan Sidi Mohamed Ben Abdellah, seorang diplomat Perancis, De Chenier berdedikasi dalam menarik perhatian mengenai pokok Argan di dalam laporannya. Thomas Barkely, seorang diplomat Amerika, yang ditugaskan oleh Presiden Amerika Syarikat, George Washington untuk misi menamatkan perjanjian damai di antara kedua-dua negara, mengatakan ia berminat pada pokok Argan pada tahun 1786. Kemudian pada tahun 1867, delegasi pertama Maghribi menyertai satu persidangan antarabangsa di Paris. Mereka membawa bersama produk terbaik mereka, serta yang paling penting iaitu kacang argan yang membawa satu perkara sensasi di persidangan tersebut.
Fakta 5:- Pada tahun 1998, UNESCO meletakkan pokok Argan dalam senarai Warisan Dunia dan pada tahun 2001, Institut dalam dan luar negara (kebanyakkan mereka adalah NGO) telah menganjurkan satu festival yang didedikasikan untuk pokok Argan. Banyak keputusan penting telah dicapai semasa festival tersebut, antaranya seperti pembangunan jangka panjang untuk kawasan mundur di Berber, perlindungan alam sekitar, dan pemeliharaan pokok Argan.




No comments:
Post a Comment