INFORMASI


Diekstrak secara manual dan kualitinya terjaga.
Minyak Argan (Argan Oil) adalah dari Buah Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae.

Minyak Argan sangat kaya dengan vitamin E. Memiliki pelbagai manfaat untuk mengatasi dan mencegah jerawat, menghilangkan flex hitam, mencegah penuaan/kedutan, melembabkan dan melembutkan kulit secara alami. Ia  mudah menyerap ke dalam kulit membuat kulit nampak lebih muda cerah dan berserii. Selain untuk perawatan kulit ia juga bermanfaat untuk memperkuat kuku dan mencegah rambut dari rosak sehingga membuat anda kelihatan  cantik dari kepala sampai ujung kaki.

Minyak Argan  telah lama popular di daerah Eropah digunakan sebagai bahan pembuat kosmetik karena manfaatnya yang sangat besar bukan sahaja untuk perawatan kulit, rambut dan kuku juga untuk campuran makanan nutrisi diet. reaksi yang di timbulkan dari minyak argan jauh lebih cepat dari kosmetik yang ada pada umumnya.
100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia, pewarna dan pewangi. Selamat digunakan oleh semua peringkat umur.



Minyak argan secara klinikal terbukti dapat dapat meningkatkan keanjalan kulit dan hidrasi kulit hanya dalam waktu empat minggu penggunaan.

Pengguna minyak argan akan dapat melihat berkurangnya kedutan garis garis halus di sekiar mata setelah penggunaan selama 2 minggu. Lebih daripada 80 peratus wanita yang diuji kaji menunjukkan peningkatan.


1 liter Minyak Argan memerlukan 20 jam untuk diperah. 
KHASIAT MINYAK ARGAN

Berikut ini khasiat Minyak argan (Argan Oil) yang banyak diketahui dan terbukti kebenarannya:
  1. Kandungan Vitamin E yang tinggi - 3 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun
  2. Membantu mengawal tahap darah kolesterol. Kajian telah menunjukkan bahawa 16g (2 sudu teh) Minyak Argan memenuhi keperluan harian badan untuk asid linoleik penting, dan kandungan tinggi asid linoleik dalam Minyak Argan membantu mengawal tahap darah kolesterol.
  3. Menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar kerana ia kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit
  4. Memulihkan struktur kulit yang mengalami proses penuaan dan juga dapat memulihkan keanjalan dan kelembapan kulit.
  5. Menjadikan kulit lebih muda, segar, halus dan cerah berseri
  6. Berfungsi sebagai pelembab semulajadi kerana kaya dengan asid lemak essential dan sterol, amat mudah di serap kulit tanpa menimbulkan rasa berminyak
  7. Mengawal keguguran rambut dan anti kelemumur
  8. Merawat kulit kepala dan rambut agar rambut lebih lebat, kuat dan bersinar
  9. Memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah dan membaik pulih membran sel yang rosak pada rambut
  10. Melindungi dan merawat kuku agar cantik, kukuh dan tidak mudah patah
  11. Melembutkan kutikel
  12. Mengatasi masalah jerawat. mengelakkan liang pori dari tersumbat, seterusnya mengurangkan risiko kemunculan jerawat.
  13. Mengatasi masalah jeragat, dan kesan parut di semua bahagian kulit.
  14. Menghilangkan selulit dan garis rekahan pada perut akibat mengandung.
  15. Untuk merawat ekzema, psirosis, chicken-pox dan pelbagai masalah kulit
  16. Menyekatakan tona kulit muka yg tidak sekata
  17. Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan.
  18. Merawat sakit sendi
  19. Antioksidan dan melindungi kulit yang terdedah dengan pancaran UV yang berbahaya juga terhadap pengoksidaan dan aktiviti radikal bebas.
Biji Argan sedia untuk diperah minyaknya.

Kambing Argan memang suka panjat pokok Argan. Ada janggut, tapi awet muda. :)

No comments:

Post a Comment