![]() |
| Minyak Argan membantu menyelesaikan masalah jerawat anda. |
- Untuk kegunaan kulit : Sapukan 2 hingga 4 titis Minyak Argan dengan rata ke seluruh wajah, leher atau bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap hari sebelum tidur. Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.
-
Untuk penjagaan kulit kepala dan rambut: Sapukan Minyak Argan pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang sihat.
-
Untuk pemeliharaan kuku: Rendamkan jari dalam campuran Minyak Argan bersama perahan lemon selama sepuluh minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.
Minyak Argan juga sesuai digunakan
sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma
dan sakit arthritis.
Jika sekiranya, anda ingin menyolek
muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon
agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10
minit (untuk kesan yang maksimum).
Cara Penggunaan Minyak Argan
(Pada Muka)
*Minyak
Argan juga sebagai agen
pelembab yang akan
mengekalkan kelembapan kulit.
*Gunakan
hanya pada waktu malam dan
tidak sesuai digunakan pada
waktu siang kerana tindak
balas Minyak Argan yang
pantas akan menyebabkan
kulit anda menjadi hitam
bila terkena cahaya matahari.
*Urutan
dan Minyak Argan dapat
melancarkan pergerakan darah
di muka dan menyerikan wajah
anda.
Cara Penggunaan Minyak Argan
(Pada Seluruh Badan)
- Lap keseluruhan badan anda dengan tuala sehingga benar-benar kering.
- Titiskan beberapa titisan Minyak Argan ke tapak tangan.
- Sapukan pada anggota badan yang boleh dicapai dan urut dengan perlahan sehingga Minyak Argan meresap ke dalam kulit.
- Ulang langkah yang sama sehingga keseluruhan badan mendapat Minyak Argan.
- Biarkan ia kering sendiri dan semalaman. Cuci dengan biasa keesokan pagi dengan sabun mandian.
*Minyak Argan diselangi dengan aktiviti urutan dapat melancarkan peredaran darah, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
*Minyak Argan juga boleh digunakan dalam mandian wap.






No comments:
Post a Comment